KONSEP SEGREGASI

This essay KONSEP SEGREGASI has a total of 208 words and 2 pages.



KONSEP SEGREGASI

Konsep segregasi, integrasi dan saling kebergantungan Segregasi bermaksud permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan dan kemudahan awam. Segregasi berlaku wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Konsep segregasi dalam kehidupan yang saya hadapi ialah sewaktu di zaman persekolahan. Saya masih ingat lagi, sewaktu di sekolah saya tidak mempunyai kawan dari etnik yang lain. Apabila dalam perbincangan kumpulan, saya cenderung kepada etnik yang sama sahaja. Pada masa itu saya memikirkan etnik yang sama dapat melahirkan persefahaman. Tetapi berlaku sebaliknya.
Integrasi maknanya ialah perpaduan, bekerjasama atau penyatuan. Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara itu dapat diintegrasikan. Berdasarkan pengalaman saya dalam integrasi ini ialah sewaktu PLKN, saya menyertai kumpulan yang mempunyai pelbagai etnik dan mereka fasih berbahasa melayu ketika berbincang dalam kumpulan disamping kami dapat mempelajari bahasa mereka sikit-sikit.
Saling kebergantungan bermaksud pelbagai etnik saling memerlukan antara etnik yang lain. Pengalaman saya tentang saling kebergantungan ialah apabila saya dan rakan perlu berlakon sebagai kaum india. Jadi kami meminta pertolongan dari sahabat kami yang berbangsa india untuk mengajar kami bercakap india.

Read essay without registering

Donate an essay now and get the full essay emailed you




Acceptable files: .txt, .doc, .docx, .rtf

Email Address

Topics Related to KONSEP SEGREGASI